
Cerita setahun lalu disini ...
Cerita tahun ini ... 31 Ogos 2006 .

Uqbah (3+ tahun) :
Mak : Uqbah ... merdeka tu apa ?
Uqbah : melldeka melldeka melldeka (sambil berlari-lari keliling ruang tamu dengan sebelah tangan terangkat)


Aziz (6+ tahun)
Mak : Merdeka tu apa dik ?
Aziz : Merdeka tu dia ada 14 jalur merah dengan putih. Mak tau tak putih tu kenapa ?
Mak : Putih ... putih tak cukup pensil warna
Aziz : Cikgu kata putih tu suci
Aziz : Ayah kenapa ayah tak pasang bendera kat kereta ?
Ayah : Sebab Mak tak beli.
Aziz : Kalau merdeka kita buat benda sendiri, tak payah tunggu Mak beli.

Abdul Rahman a.k.a Aman (8+tahun)
Mak : Apa Merdeka tu Aman ?
Aman : Kemajuan negara.
Aman : Cikgu cakap pasal Merdeka kat sekolah semalam.
Mak : Ooohh apa merdeka tu ?
Aman : Merdeka tu ... dulu orang Jepun serang kita.
Mak : Kenapa ?
Aman : Dia nak suruh kita dengar cakap dia. Lepas tu orang putih datang. Lepas tu Tengku Abdul Rahman, yang namanya macam nama Aman tu, pergi naik kapal. Dia bincang-bincang, lepas tu kita dapat Merdeka.

Azfar (10+ tahun)
Mak : Bang, merdeka tu apa ?
Azfar : Macam yang abang buat kat sekolah tu pakai komputer. Ada warna merah, putih, kuning, biru. Yang jalur senang je nak buat. Yang bintang susah sikit.
~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 49 .
SEMOGA RAHMAT ALLAH BERPANJANGAN.
Pantun Merdeka 1 , Pautan Syair Merdeka 2 ...