Saturday, June 03, 2006

Farah, Opah dan RTAR@TI

Contents and Photos for this entry is courtesy of a kind friend.



Farah, 5 tahun, adalah salah seorang penghuni RTAR di Teluk Intan, Perak. Al-kisahnya, Farah diserahkan oleh ibu dan ayahnya, (atas sebab-sebab yang tidak di ketahui) semasa berumur beberapa bulan, kepada pasangan Kak Ana dan Abang Ajis. Sehingga kini, Farah dibesarkan di kalangan penghuni RTAR.

(RTAR - Rumah Titian Ashraful Rohaniah)
(Kak Ana & Abang Ajis adalah pasangan yang menguruskan RTAR)



Apakah tugas Farah pada waktu makan ?




Nenek berbaju merah itu dipanggil Opah oleh Farah, walaupun sebenarnya mereka berdua tiada pertalian darah. Mata Opah tidak dapat melihat. Opah bergerak mengengsut dibantu oleh tangan. Farah akan menyuap Opah setiap waktu makan. Mereka berdua tiada ikatan darah, cuma takdir menemukan mereka di RTAR.

Untuk cerita penuh mengenai Farah , Opah dan RTAR sila kunjungi blog rakan saya "Angels Among Us, Angels Within" . Jika sudi, tolong siarkan lagi berita mengenai Farah, Opah dan RTAR seluas mungkin. Lebih ramai yang tahu, makin ramai yang dapat menghulurkan bantuan.

Jika anda dapat membantu sila hubungi Puan Rohana Saidin : 019-3685297/019-5756258/016-4494333/016-2644007 / 016-4494333 .

Direction :

Near Hospital Besar Teluk Intan - Kampung Selabak Luar, Bt 3, JalanChangkat Jong, Teluk Intan (selepas Hospital, nampak sign board Bidor,masuk the first Traffic Light ke kanan. Nampak gerai/kedai buah2an & adabanglow warna putih at the back of the gerai/Kedai Buah2an.
RTAR dulunya di kenali sebagai Rumah Amal Hashimiah di Kuala Selangor. RTAR menempatkan warga emas dan juga kanak-kanak istimewa yang yatim, miskin ataupun tidak "dikehendaki" oleh keluarga mereka. Sejak awal tahun 2006, mereka telah berpindah ke Teluk Intan. Sebab musababnya saya sendiri kurang arif.