Saturday, June 03, 2006

Farah, Opah dan RTAR@TI

Contents and Photos for this entry is courtesy of a kind friend.



Farah, 5 tahun, adalah salah seorang penghuni RTAR di Teluk Intan, Perak. Al-kisahnya, Farah diserahkan oleh ibu dan ayahnya, (atas sebab-sebab yang tidak di ketahui) semasa berumur beberapa bulan, kepada pasangan Kak Ana dan Abang Ajis. Sehingga kini, Farah dibesarkan di kalangan penghuni RTAR.

(RTAR - Rumah Titian Ashraful Rohaniah)
(Kak Ana & Abang Ajis adalah pasangan yang menguruskan RTAR)



Apakah tugas Farah pada waktu makan ?




Nenek berbaju merah itu dipanggil Opah oleh Farah, walaupun sebenarnya mereka berdua tiada pertalian darah. Mata Opah tidak dapat melihat. Opah bergerak mengengsut dibantu oleh tangan. Farah akan menyuap Opah setiap waktu makan. Mereka berdua tiada ikatan darah, cuma takdir menemukan mereka di RTAR.

Untuk cerita penuh mengenai Farah , Opah dan RTAR sila kunjungi blog rakan saya "Angels Among Us, Angels Within" . Jika sudi, tolong siarkan lagi berita mengenai Farah, Opah dan RTAR seluas mungkin. Lebih ramai yang tahu, makin ramai yang dapat menghulurkan bantuan.

Jika anda dapat membantu sila hubungi Puan Rohana Saidin : 019-3685297/019-5756258/016-4494333/016-2644007 / 016-4494333 .

Direction :

Near Hospital Besar Teluk Intan - Kampung Selabak Luar, Bt 3, JalanChangkat Jong, Teluk Intan (selepas Hospital, nampak sign board Bidor,masuk the first Traffic Light ke kanan. Nampak gerai/kedai buah2an & adabanglow warna putih at the back of the gerai/Kedai Buah2an.
RTAR dulunya di kenali sebagai Rumah Amal Hashimiah di Kuala Selangor. RTAR menempatkan warga emas dan juga kanak-kanak istimewa yang yatim, miskin ataupun tidak "dikehendaki" oleh keluarga mereka. Sejak awal tahun 2006, mereka telah berpindah ke Teluk Intan. Sebab musababnya saya sendiri kurang arif.

10 comments:

UglyButAdorable said...

oohhh..sebak hati niee..how a small kid can bring happiness to the opah..may opah and Farah find true happiness dan sentiasa dilindung Allah s.w.t

Kaklong Syikin said...

Allah...nenek dan cucu yg tiada ikatan darah menumpang kasih bersama. kecil lagi farah, tp dah tunjukkan sikap bertanggungjawab. moga dia jadi insan yg berjaya n bertakwa, amin.

InaOK said...

Wish I could give more than just my doa... actually sedang dlm usaha merealisasi impian so I cud give more than just my doa..insyaALLAH, Amin.

Cherry said...

UBA : cinta sejati :)
syikin : pengalaman membentuk peribadi mulia.
inakl : you can help to spread around the existence of RTAR . insyaallah, we are helping Suriyati (angels within) to compile a profile for distribution.

Ida Rashid said...

ninuk...am using your blog to put into mine...ok ye...

Cherry said...

ida ... no problem

atehlaila said...

Semoga di kurniakan kebahagian buat kedua insan ni..terharu saya dgn keprihatinan si kecil ni...

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » »

Anonymous said...

best regards, nice info » » »

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Cooking high school seattle stop smoking rating accounting software