Thursday, August 31, 2006

Erti Merdeka - di mata anak-anak ku


Cerita setahun lalu disini ...

Cerita tahun ini ... 31 Ogos 2006 .



Uqbah (3+ tahun) :
Mak : Uqbah ... merdeka tu apa ?
Uqbah : melldeka melldeka melldeka (sambil berlari-lari keliling ruang tamu dengan sebelah tangan terangkat)





Aziz (6+ tahun)
Mak : Merdeka tu apa dik ?
Aziz : Merdeka tu dia ada 14 jalur merah dengan putih. Mak tau tak putih tu kenapa ?
Mak : Putih ... putih tak cukup pensil warna
Aziz : Cikgu kata putih tu suci
Aziz : Ayah kenapa ayah tak pasang bendera kat kereta ?
Ayah : Sebab Mak tak beli.
Aziz : Kalau merdeka kita buat benda sendiri, tak payah tunggu Mak beli.





Abdul Rahman a.k.a Aman (8+tahun)
Mak : Apa Merdeka tu Aman ?
Aman : Kemajuan negara.
Aman : Cikgu cakap pasal Merdeka kat sekolah semalam.
Mak : Ooohh apa merdeka tu ?
Aman : Merdeka tu ... dulu orang Jepun serang kita.
Mak : Kenapa ?
Aman : Dia nak suruh kita dengar cakap dia. Lepas tu orang putih datang. Lepas tu Tengku Abdul Rahman, yang namanya macam nama Aman tu, pergi naik kapal. Dia bincang-bincang, lepas tu kita dapat Merdeka.



Azfar (10+ tahun)
Mak : Bang, merdeka tu apa ?
Azfar : Macam yang abang buat kat sekolah tu pakai komputer. Ada warna merah, putih, kuning, biru. Yang jalur senang je nak buat. Yang bintang susah sikit.



~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 49 .
SEMOGA RAHMAT ALLAH BERPANJANGAN.


Pantun Merdeka 1 , Pautan Syair Merdeka 2 ...

11 comments:

Anonymous said...

Hahaha...comelnye jawapan masing2! My 2-yr old Ashraff tahu cakap "Deka! Deka!" sambil angkat tangan..and then asked each one of us to do the same thing...

rafiqaheliza said...

errr..the post above is mine:)

Cherry said...

Rafiqah, enjoy their "cute" answers while they last !

Cherry said...

Rafiqah, enjoy their "cute" answers while they last !

nae said...

hahahahaha :D
your boys are so funny

Lollies said...

I right Aman's answer best. Dah hampir bull's eye tu

Anonymous said...

my 4 years old faris says : MENdeka! hahahaha..kenapa ayah tak pasang MENdera kat keter?

kakak said merdeka tu hari kebangsaan..jadi kita tak payah pegi sekolaaaahhhh..hehehe..

Kaklong Syikin said...

seronokkan dengar jawapan anak2 berdasarkan kefahaman mereka :D

paling melucukan sebutan "MErdeka" yang pelbagai tu :D

famyGirl said...

kelakar kelakar!! hahahaha!
jawapan yang memang original sekali :)

anita kema said...

mbak nuk,
ermm...macam tak caye je azfar dah besar panjang...guess time flies and i'm getting old..
kirim salam ngan bude'. Lama tak jumpa diaorg.....I'll miss 'soto' time raya nanti...uwaaa.........

Cherry said...

anita kema : yelahhhh awak jumpa dia last bila kak. at a certain age, makin tambah umur makin besarrr, at different age group, makin tambah umur makin kerepot.
famygirl : ohhh i'll wait a prim proper answer from yr Sofia - apa agaknya versi rumah Jln Serambi.
syikin : ye lah lawak senario free & ori.
onde : cuti memang best, whatever the occasion is.
lollies : i thought Aman's answer is the closest, so dia minta rewardnya telur ayam goreng mata lembu (bull's eye ... eh silap cow's eye)
nae : mari kita cantumkan kekelakaran anak2 you and mine, sure kalah senario.