21Feb - added w/ response from J1M which I got it via email *** scroll down ***
*i'm not J1M member but i am in full agreement w/ Dr Harlina on this matter.
*i've checked J1M website but couldn't find this article. anyhow, hopefully this is the official statement from J1M*
Supposedly this was said by a well-respected religious figure of this land.
"Women should wear chastity belts to thwart rape and incest which are rampant nowadays"
Naturally this statement make me go "WHAT?!"
I am keen to actually listen or read the full text, which I couldn't find anywhere yet . May be I'll ask one of my H1r4 car-pool mate 'coz she did mention her husband will be attending a forum in Trg about the same time.
A few days later, there is another article in the newspaper that claimed the figure to say that statement was a joke !
And we the rakyat-jelata-yang-melata, don't know how to differentiate between a joke and a statement of opinion. And I am wondering what's the audience reaction at that time, laughing along with the joke ?
Unless he has "piloted" the method with his close female family members ... and shown positive results ... until then ... let it remain as a bad-taste joke.
And he was supposedly said this in a Maal Hijrah forum which I think the topic and content should be more thought provoking.
In the mean time, my biggest worry is much more higher level, the line of thought with some men (sadly including some of those highly regarded religiously), about rape and incest. So far, the ones that make headlines have been inclined towards the woman do this, do that, wear this, don't wear that. Not enough have been said, at least not the ones that I came across, to emphasize what the men has to do and don't do. The rootcauseanalaysis thus the preventive action has been very very very skewed towards the notion that any violence against women is caused by women themselves.
With all due respect to scholars, religious mainly, Rape and Incest is nothing to be joking about !
A good and sensible response from J1M ... read on to listen to the view of the "tangan yang menghayun buaian".
Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
20 Februari 2007
PERBETULKAN SEGERA TANGGAPAN DAN SIKAP MENANGANI KEGANASAN SEKSUAL TERHADAP WANITA
Wanita JIM merasa amat kesal dengan saranan penggunaan cawat besi bagi wanita mengelakkan kejadian rogol yang dikeluarkan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini. Sekalipun saranan tersebut kemudiannya dikatakan hanya merupakan gurauan semata-mata, Wanita JIM memandang serius perkara tersebut .
Yang nyata, peningkatan kes-kes jenayah dan keganasan seksual di negara ini bukan lagi gurauan dan sendaloka biasa. Statistik PDRM jelas menunjukkan peningkatan kes rogol sebanyak 28.5% dalam tempoh setahun (1895 kes pada tahun 2005 kepada 2435 kes pada tahun 2006). Jenayah rogol sudah berada pada tahap yg amat membimbangkan serta perlu ditangani segera dengan sikap yang betul oleh semua pihak, bukan lagi sekadar memberikan saranan `sinis' atau `gurauan' yang mengguris hati serta tidak dapat diterima akal.
Jenayah rogol mestilah dilihat sebagai satu bentuk perzinaan yang terkutuk dan amat tercela. Ianya bukan hanya merosakkan nasab keturunan manusia, malahan ianya melibatkan jiwa serta maruah mangsa yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak kecil serta orang tua yang tidak berupaya. Dalam syariat Islam, pesalah rogol semestinya dihukum rejam atau disebat di khalayak ramai. Sekalipun di negara ini pesalah rogol dikenakan hukuman berat, dipenjara berpuluh-puluh tahun lamanya, ianya ternyata belum mampu menimbulkan kegerunan dan menghalang penjenayah dari melakukan jenayah tersebut. Jelaslah bahawa aspek perundangan sahaja tidak mampu mengatasi peningkatan jenayah ini.
Sikap Wanita JIM mengenai isu jenayah seksual seperti rogol dan cabul sememangnya konsisten sepertimana dalam penegasannya selama ini. Keganasan seksual melambangkan kepincangan ketara dalam aspek penghayatan manusia terhadap tanggungjawab masing-masing dalam menjaga hubungan sihat antara lelaki dan wanita. Saranan agar wanita memakai cawat besi timbul dari tanggapan dan sikap yang meletakkan tanggungjawab menjaga moral masyarakat sepenuhnya dipikulkan di atas bahu wanita sahaja. Mengapakah jarang benar kedengaran saranan serta pandangan tegas terutamanya dari pihak cendekiawan agama yang meminta kaum lelaki khususnya, untuk kembali menghayati tanggungjawab mereka sebagai bapa, suami, abang dan pemimpin komuniti sebagaimana yang disarankan Allah dan Rasul-Nya? Selagi mana kaum lelaki tidak dididik, diperingat dan disedarkan setiap masa mengenai tanggungjawab besar mereka menjaga kesejahteraan umum, selagi itulah jenayah seksual tidak akan dapat dibenteras. Wanita JIM merayu agar peringatan dan tazkirah serupa ini disebarluaskan melalui semua saluran maklumat termasuklah semasa khutbah-khutbah Jumaat, media massa elektronik dan bercetak. Generasi lelaki muda mestilah juga dibimbing agar lebih bertanggungjawab supaya mampu menjalinkan komunikasi dan hubungan yang sihat dengan kaum wanita.
Yang nyata, peningkatan kes-kes jenayah dan keganasan seksual di negara ini bukan lagi gurauan dan sendaloka biasa. Statistik PDRM jelas menunjukkan peningkatan kes rogol sebanyak 28.5% dalam tempoh setahun (1895 kes pada tahun 2005 kepada 2435 kes pada tahun 2006). Jenayah rogol sudah berada pada tahap yg amat membimbangkan serta perlu ditangani segera dengan sikap yang betul oleh semua pihak, bukan lagi sekadar memberikan saranan `sinis' atau `gurauan' yang mengguris hati serta tidak dapat diterima akal.
Jenayah rogol mestilah dilihat sebagai satu bentuk perzinaan yang terkutuk dan amat tercela. Ianya bukan hanya merosakkan nasab keturunan manusia, malahan ianya melibatkan jiwa serta maruah mangsa yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak kecil serta orang tua yang tidak berupaya. Dalam syariat Islam, pesalah rogol semestinya dihukum rejam atau disebat di khalayak ramai. Sekalipun di negara ini pesalah rogol dikenakan hukuman berat, dipenjara berpuluh-puluh tahun lamanya, ianya ternyata belum mampu menimbulkan kegerunan dan menghalang penjenayah dari melakukan jenayah tersebut. Jelaslah bahawa aspek perundangan sahaja tidak mampu mengatasi peningkatan jenayah ini.
Sikap Wanita JIM mengenai isu jenayah seksual seperti rogol dan cabul sememangnya konsisten sepertimana dalam penegasannya selama ini. Keganasan seksual melambangkan kepincangan ketara dalam aspek penghayatan manusia terhadap tanggungjawab masing-masing dalam menjaga hubungan sihat antara lelaki dan wanita. Saranan agar wanita memakai cawat besi timbul dari tanggapan dan sikap yang meletakkan tanggungjawab menjaga moral masyarakat sepenuhnya dipikulkan di atas bahu wanita sahaja. Mengapakah jarang benar kedengaran saranan serta pandangan tegas terutamanya dari pihak cendekiawan agama yang meminta kaum lelaki khususnya, untuk kembali menghayati tanggungjawab mereka sebagai bapa, suami, abang dan pemimpin komuniti sebagaimana yang disarankan Allah dan Rasul-Nya? Selagi mana kaum lelaki tidak dididik, diperingat dan disedarkan setiap masa mengenai tanggungjawab besar mereka menjaga kesejahteraan umum, selagi itulah jenayah seksual tidak akan dapat dibenteras. Wanita JIM merayu agar peringatan dan tazkirah serupa ini disebarluaskan melalui semua saluran maklumat termasuklah semasa khutbah-khutbah Jumaat, media massa elektronik dan bercetak. Generasi lelaki muda mestilah juga dibimbing agar lebih bertanggungjawab supaya mampu menjalinkan komunikasi dan
hubungan yang sihat dengan kaum wanita.
Dalam masa yang sama, Wanita JIM meminta kaum wanita agar mempertingkatkan kesedaran mengenai keperluan menjaga keselamatan peribadi di samping mengelakkan diri dari menjadi `mangsa mudah' ( easy prey) kepada para penjenayah seksual yang sentiasa menunggu peluang. Wanita mestilah juga bijak mengawal keadaan, memelihara kesantunan dan memastikan diri sentiasa diperlakukan secara terhormat oleh orang lain. Wanita Islam diseru agar kembali menghayati cara hidup serta penampilan diri yang selaras dengan panduan Al-Quran dan Sunnah, dan tidak terikut-ikut dengan cara berfikir masyarakat Barat yang menganggap emansipasi wanita diukur dengan sejauh mana keberaniannya mendedahkan auratnya di khalayak ramai, semata-mata untuk menjulang kebebasan hak asasi sebagai wanita yang bebas merdeka!
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj ( 012-3243134)
Ketua Wanita Pusat Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Tuesday, February 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
i concur wholeheartedly. and i also do not agree with the terms - incest (sumbang mahram) when the correct term should be simply rape involving a female minor and her relative (stepfather, uncle, grandfather etc). to my understanding, incest means consentual sex between both partners and since when a minor could give consent when she herself barely knew what sex is??
ninuk, u've been tagged by me. just read what its all about in my blog. have fun.
Post a Comment