Wednesday, May 14, 2008

Hari Bomba ... bukan Hari Bonda

Something positive ... I've read somewhere Chief Police of a state has done similarly i.e. reading the kutbah.

OK now I know 5th May is Hari BOMBA ... errr Elisa ... bukan hari BONDA tau !

-ninuk

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/EdisiWilayah/20080514100222/Article/

Sentral: Pegawai bomba sampaikan khutbah


SHAH ALAM: Lazimnya jemaah melihat imam berjubah ketika menyampaikan khutbah Jumaat tetapi baru-baru ini imam di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, di sini, menjadi tumpuan apabila segak duduk di mimbar dengan berpakaian seragam pasukan bomba dan penyelamat sambil berkhutbah.

Penampilan Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Abdul Rashid Hassan untuk menyampaikan khutbah Jumaat di masjid itu adalah sempena sambutan Hari Bomba pada setiap 5 Mei.

Ketika berkhutbah di hadapan kira-kira 2,000 jemaah, beliau berkata, sebanyak 4,486 panggilan kecemasan kebakaran direkodkan di Selangor tahun lalu dengan kelalaian manusia menjadi faktor utama kebakaran.


Katanya, tujuh kematian akibat kebakaran tahun lalu dengan taksiran kerugian RM292 juta manakala taksiran harta yang diselamatkan berjumlah RM1.4 bilion.

"Ini menunjukkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat masih kurang. Kita mungkin mengambil sikap sambil lewa atau jalan mudah sehingga terlupa tragedi kebakaran.

"Justeru dalam menentukan tahap keselamatan, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada anak-anak mengenai bahaya kebakaran," katanya.

Abdul Rashid berkata, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab umat Islam untuk menjaga harta benda serta nyawa kerana ia disuruh oleh agama.

Katanya, tugas anggota jabatan bomba dan penyelamat lebih berbahaya serta memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan ada kala jiwa mereka sendiri terkorban demi menyelamatkan harta benda dan nyawa orang lain.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat seharusnya menghargai pengorbanan dan jasa mereka.

Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah, Abdul Rashid yang juga imam pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ini kali kedua beliau berpakaian sedemikian ketika membaca khutbah bagi membolehkan penyampaian dilakukan lebih berkesan.

Katanya, ia perlu bagi menyedarkan umat Islam mematuhi nasihat bagi mengelak tragedi memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa.

Abdul Rashid yang juga imam Masjid SS4, Kelana Jaya dekat sini berkata, teks khutbah Jumaat yang dibacakan itu sudah diluluskan Jabatan Agama Islam Selangor.

No comments: