Sunday, July 03, 2005

ROTI PAU TERENGGANU

For your next action ! Any queries/pertanyaan/soalan sila ajukan kepada
Mbak Ria at ria@MACGDI.GOV.MY
Bahan-Bahannya
1. ½ sudu teh yis mauripan
2. ½ kilo gandum
3. 1 biji telur
4. 10 sudu makan gula
5. 2 sudu makan planta


CARA MEMBUAT
Persiapan awal :

A. yis mauripan + 5 sudu makan air + jadikan sebati + 2 sudu makan gandum + gaul hingga sebati dan biarkan naik ± 1 jam
B. larutkan gula dengan 2 cawan air
C. cairkan planta di atas api sederhana


Penyediaan Dough
1. A + telur → gaul hingga sebati
2. masukkan B (sedikit demi sedikit) + gandum (sedikit demi sedikit) hingga menjadi dough yang boleh dibentuk
3. masukkan C dan gaulkan hingga rata (dough akan mudah dibentuk dan tidak mudah melekat pada tangan)
4. tutup dengan kain yang dibasahkan
5. biarkan dough naik ± 2 jam
6. bentukkan bulat-bulat di loyang/pyrex yang telah disapu planta
7. biarkan naik ± 1 jam
8. sebelum dibakar sapukan (cotek kan) sedikit planta ditengah-tengah setiap bulatan yang telah dibentuk
9. bakar selama ± 15 minit
10. angkat dan sapukan planta merata ketika masih panas

2 comments:

Anonymous said...

Berapa suhu nak bakar roti pau ni? Kang hangus pulok!

-Seb IBM@MAS

Anonymous said...

wee looo...... nak beli portable oven tak terbeli lagi....