Thursday, June 07, 2007

Laporan Kaji Cuaca - Angin Lintang

Sepulangnya saya dari percutian sempena cuti sekolah ini, saya mendengar laporan kaji cuaca persekitaran tempat mencari rezeki. Menurut laporan kaji cuaca terkini, kemungkinan akan ada angin lintang bertiup ke kawasan tingkat 2. Kelajuan dan arah Angin lintang itu belum dapat dipastikan untuk masa ini.

Apa-apa hal pun, sebagai rakyat jelata yang melata, saya berharap kehadiran angin lintang itu akan dapat membawa bersama keberkatan dan kesejahteraan untuk semua.

Dari itu, setiap pihak di nasihatkan untuk berjaga-jaga dan memelihara keterusan operasi sehingga angin lintang yang di jangka tiba bila-bila masa itu melintas ruang udara tingkat 2.

Jika benar teori saya selama ini, di mana sekalipun kita bekerja mencari rezeki, ketepatan "gosip dan cakap-cakap hallway" tidak dapat dipertikaikan ... selalu within Sick Sigma.

pray for the best and be prepared for the worst :)


gambar fail , tiada kaitan dengan tajuk di atas

2 comments:

ekantona said...

my observation: cuaca tak menentu, lopak-lopak air pun dah merata-rata, balik kerja trafik teruk sebab kereta semua nak elak lopak.
jgn lopak air jadi k0lam air jee..
anyway, kita doa yg baik2 aje, harap ada yg pantau, hopefully.
btw: corridor whispers skrg ni, kebyknnya blh dipercayai..

*gmbr fail tu, nampak rambut cam panjang jee..cuti sekolah yeeee..

Cherry said...

cik puan ekantona : ish ish ish nampaknya keadaan kurang selesa di jalanraya juga.
yes that's during school holiday ... err last 2 years :)