Sunday, March 02, 2008

Parl1men 36 - KTrg


In the printed version of Harian Metro, there's a one page interview on Nenek Maimun. Her answers sound very genuine and thoughtful.
Will she make it on March 8th - btw ... she's contesting in my parliamentary seat Kuala Terengganu !
At least now I've 3 candidates to choose from and frankly, she's not the "last" in my list.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080225100231/Article/index_html

Hasrat nenek tercapai
KUALA TERENGGANU: Selepas empat percubaan sebelum ini bertanding pada pilihan raya umum gagal apabila borang pencalonannya ditolak, hajat seorang wanita warga emas menjadi calon akhirnya berjaya.Maimun Yusof, 89, dari Kampung Atas Tol, dekat sini, `menggemparkan’ Pejabat Daerah Kuala Terengganu apabila menyerahkan borang pencalonan bertanding calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, semalam.Tindakan nenek tujuh cucu itu bukan sahaja menjadikannya calon paling tua bertanding pada pilihan raya umum kali ini, malah menyebabkan kerusi berkenaan ditandingi tiga penjuru. Selain kerusi berkenaan, tujuh lagi kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri hanya membabitkan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wanita yang menggunakan lambang set tiga kunci itu berdepan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang, Datuk Razali Ismail dan calon `payung terjun’, Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.




Maimun yang berasal dan masih menetap di Kampung Atas Tol, dekat sini, berkata, sebelum ini kertas pencalonan kerusi DUN Bandar sering ditolak Pegawai Pengurus Pilihan Raya. “Pelbagai alasan diberi seperti saya tidak membawa pencadang dan penyokong dari kawasan sama hinggalah kegagalan mengeja nama dengan betul. “Saya rasa mereka mungkin menyangka saya akan kalah teruk dan hilang wang pertaruhan menyebabkan mereka mahu menyelamatkan saya daripada kerugian wang dengan membatalkan pencalonan saya,” katanya.Bagaimanapun, katanya, dia bukan seorang yang mudah berputus asa dan kali ini menukar strategi dengan melupakan DUN Bandar sebaliknya memberi tumpuan dan perhatian kepada Parlimen Kuala Terengganu.

2 comments:

Anonymous said...

Attention!

kina said...

Assalamualaikum Ninuk

I think makcik Maimun is one tough cookie

pangkoh deh!!!